Wednesday, 11 November 2015

Kencing Kotor semasa Hamil

Beberapa hari lepas akak terpaksa check in di wad bersalin gara-gara kencing kotor,walaupun pada masa tu jangkamasa kandungan akak baru je 24 minggu 2 hari.
Apa yang amat menyeksakan ialah akak jadi kencing tak lawas.Bayangkanlah masa nak check tu saja 10 kali akak ulang ke tandas.Dan tiap kali ke tandas tu lah sakit yang amat sampai ketar-ketar lutut buang air yang semuanya bercampur darah.Boleh bayangkan tak??
Di pendekan cerita..apa sebenarnya punca kejadian ni berlaku?
Antara sebabnya..jangkitan kuman di bahagian pundi kencing,kurang minum air.Mungkin ada banyak lagi sebabnya tapi akak tak sempat nak kaji selidik lagi.hihihi..
Kat sini akak nak tunjuk sample air kencing semasa akak mula menahan sakit di rumah..masa ni warna belum betul-betul merah tapi bila di hospital memang 100% bertukar menjadi warna darah,sayangnya akak tak sempat nak amik gambar sebab menahan sakit yang amat dasyat!

Setelah 4 hari doktor baik hati jugak nak lepaskan akak balik.So sekarang akak continue antibiotik yang doktor bekalkan dan kena follow up lagi dari masa ke semasa.Nasihat akak..banyakkanlah minum air tak kira air sirap ke milo ke..asalkan namanya air!

No comments:

Copyright to HOTMILOPANAS
Designed by UMIESUEstudio 2015