Wednesday, 25 November 2015

KETAM SERAI BERCILI

Assalamualaikum.
Entry kali ni akak nak share resepi Ketam Serai Bercili yang amat menjadi kesukaan family akak..

Jom kita tengok resepi nya..

-1 kg ketam nipah (di buang kulit & di bersihkan)
-20 tangkai cili kering
-3-4 batang serai
-1 biji bawang besar
-2 ulas bawang putih
-1 inci belacan
-air asam jawa
-3 sudu besar sos cili
-Gula & garam secukup rasa.


cara-caranya:
1-Gorengkan cili kering,serai,bawang, dan belacan.
2-Kisar semua bahan yang di goreng tadi.
3-Gorengkan ketam separuh masak.
4-Tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik bau,masukkan air asam jawa.
5-Masukkan gula,garam,sos cili.
6.Akhir sekali,masukkan ketam,kacau sebati..sedia di hidang..

Selamat menjamu selera..

Monday, 16 November 2015

BABY BOY vs BABY GIRL


Jika anda hamil anak lelaki
1. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’
2. Anda tidak mengalami ‘morning sickness’
3. Wajah anda berseri-seri
4. Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil
5. Kulit anda kering
6. Hidung kelihatan lebih kembang
7. Anda mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging
8. Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri
9. Sering diserang sakit kepala
10. Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan
11. Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil
12. Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus
13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut
berpusingpusing bermakna anda hamil anak lelaki.
14. Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing
paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di
dalam kandungan adalah bayi lelaki.
Jika anda hamil anak perempuan
1. Perut anda bulat
2. Anda mengalami ‘morning sickness’
3. Sering mual pada menu yang beraroma tajam
4. Wajah anda tidak berseri. AKata orang tua, anak ambil seri.
5. Kulit anda lembut
6. Rambut anda nipis dan tidak bermaya
A7. Punggung kelihatan lebih besar
8. Anda mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula
9. Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
10. Bayi di dalam kandungan suka baring di sebelah kiri
11. Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus
12. Sama seperti cara di atas, gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing
ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam
kandugannya ialah bayi perempuan.
Akhir kata,Ini adalah sebahagian dari petua dan kaedah yang dapat saya kongsikan.
Mungkin ada sedikit sebanyak tanda-tanda tersebut ada pada ibu-ibu yang mengandung.
Walaupun cara
mengetahui jantina bayi dalam kandungan datang dari orang lama, tidak semestinya seratus
peratus betul. Segalanya adalah kuasa dan ketentuan Allah S.W.T.Bayi lelaki atau
perempuan tidak penting kerana apa yang paling penting adalah bayi yang
bakal dilahirkan nanti sihat dan sempurna. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat dan
berguna.

Masalah ibu mengandung

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..hari ni kandungan akak dah masuk 25 minggu.
Semakin hari perut makin membesar,sakit pinggang,sakit belakang,kekejangan otot dah macam rutin harian.Sungguh akak rasa pergerakan sangat-sangat terbatas.Tak boleh nak lasak-lasak atau buat banyak kerja.
Apa pun akak berdoa semoga semuanya selamat sehingga sampai masanya nanti..Aamiin..

Wednesday, 11 November 2015

Kencing Kotor semasa Hamil

Beberapa hari lepas akak terpaksa check in di wad bersalin gara-gara kencing kotor,walaupun pada masa tu jangkamasa kandungan akak baru je 24 minggu 2 hari.
Apa yang amat menyeksakan ialah akak jadi kencing tak lawas.Bayangkanlah masa nak check tu saja 10 kali akak ulang ke tandas.Dan tiap kali ke tandas tu lah sakit yang amat sampai ketar-ketar lutut buang air yang semuanya bercampur darah.Boleh bayangkan tak??
Di pendekan cerita..apa sebenarnya punca kejadian ni berlaku?
Antara sebabnya..jangkitan kuman di bahagian pundi kencing,kurang minum air.Mungkin ada banyak lagi sebabnya tapi akak tak sempat nak kaji selidik lagi.hihihi..
Kat sini akak nak tunjuk sample air kencing semasa akak mula menahan sakit di rumah..masa ni warna belum betul-betul merah tapi bila di hospital memang 100% bertukar menjadi warna darah,sayangnya akak tak sempat nak amik gambar sebab menahan sakit yang amat dasyat!

Setelah 4 hari doktor baik hati jugak nak lepaskan akak balik.So sekarang akak continue antibiotik yang doktor bekalkan dan kena follow up lagi dari masa ke semasa.Nasihat akak..banyakkanlah minum air tak kira air sirap ke milo ke..asalkan namanya air!
Copyright to HOTMILOPANAS
Designed by UMIESUEstudio 2015